Showing posts with label story of mine. Show all posts
Showing posts with label story of mine. Show all posts

Litar Pintas rupanya terbakar, Kalau lambat bertindak.............


Semalam terbaca tentang Kebakaran melibatkan Ibu dan anak di Kawasan taman Jaya, Cheras. Bercerita mengenai kebakaran agak menakutkan dan sikit trauma. Tak pernah berlaku dekat diri sendiri tapi bila tengok filem Pak Ya. kebakaran melibatkan pelajar hafizah. Serta baru baru ini yang terjadi pada Pelajar Tahfiz yang melibatkan seramai 20 orang terkorban.

Ceritanya begini, Tadi naik atas nak masuk bilik, on lampu tidur dlm 2minit cmtu lampu tidur jadi malap. Fikir mentol dah habis agaknya. On lampu kalimatang, terkedip sambil bunyi 'Crispy Current' zzpp zpppp. Pandang Kipas siling pusing dah makin longlai. Lampu silih ganti kelap kelip. Dalam kepala fikir cerita hantu je, terbawak bawak cerita "Bring It On, Ghost". Jatuh kipas ni kena badan, nayaaaa. Sambil Bunyi Karen yang menakutkan tu.

Berlari turun ke bawah sebab nak bagitau emak mengenai pemasalahan ini ke sebab aku je yang bermasalah. Tak fikir lain dah, fikir selamatkan diri sendiri je. Hp dan barang penting semua dekat bilik. Belum sampai tangga, pandangan terus jadi gelap gelita. Pap! Kulihat Hitammmmm. Sampai bawak kejut emak. Kakak pulak time tu tgh charge Powerbank so lampu berkelap kelip. Emak kata "Tertendang lah tu. Tutup plug tu"
Aku dah fikir lain dah. Takde tertendang ke terside ke apa ke sebab dah terdengar bunyi crispy sazzzz sazzzz karen tu. Bukak pintu, rumah depan ada lampu. rumah tepi mmg selalu Tak bukak lampu. Lagilah panik! Nak tutup pintu terdengar "Ya allah terbakar terbakar"

Terus ambik kunci dari tangan emak (Biasalah orang tua, terkial kial. Kita nervous + nak tau apa yang terbakar) then bukak pintu dengan pantas. Litar Pintas rupanya terbakar. Api meloncat loncat macam bunga api. Its scary. Kalau lambat bertindak, mungkin benda yang buruk akan berlaku. Alhamdulillah nasib baik jiran sana pantas call Bomba. Thank you Abang Bomba.

Alhamdulillah. Mungkin ini salah satu peringatan dari Allah. Sebok mengejar dunia. Dunia takkan kekal. Habis harta, sapalah kita. Orang pun taknak pandang kalau takada harta. Tapi jika kita letakkan islam No1, Allah pandang kita. 



LELAKI KIKIS menjadi antara Top Komen di Page Apakes!

Bila ada Internet ni, semua benda berada di hujung jari. Bahkan lama sosial tidak kurang hebatnya. semua berlumba-lumba tunjuk apa yang mereka ada termasuklah diri Alja sendiri. Bahkan nak tulis apa sahaja pun boleh di laman sosial ni. Ada yang berkongsi menulis secara baik, menulis berdasarkan pengalaman, ada pulak yang hanya copy and paste cerita orang lain tanpa usul periksa, bukan itu saja, yang mereka-reka cerita pun banyak. Jadi Semalam satu status dari page Apakes lalu di timeline facebook Alja, Status mengenai apa? tengok bawah ni.
So Alja pun saja lah komen mengenai pengalaman Alja sendiri. Bukan pengalaman orang lain ataupun sembang kencang. Sebab tak fikir akan menjadi Top Komen dan tak sangka akan ramai yang sudi menjadi hakim tak berbayar. Nama pun laman sosial, setiap orang pelbagai, lagi-lagi besar antaranya kita tak kenal pun antara satu sama lain. Jadi Alja pun komen lah begini,

"Yg aku jumpa dan asyik jumpa ialah lelaki kaki kikis. Takde duit tp berlagak kaya. Nak rasuah polis pun guna duit org. So aku mmg sentiasa berdikari, nak apa-2 semua bayar sendiri. So thanks Allah sbb hambamu ini dah putus dgn lelaki kaki kikis muka tak malu. Haha"
Jadi apa yang Alja share hanya berdasarkan pengalaman sendiri dan berdasarkan status yang Apakes share. Alja tak sangka ramai yang komen. Kalau siapa kenal Alja terutama Housemate Alja, tahulah Alja pun ex bf macam mana kaki kikis nya. Setahun je bertahan dengan dia. Mesti akan ada yang kata "Dah tahu macam tu, sayang kenapa?"

Cinta itu buta awak. Lagipun tak sangka dia macam tu. Masa sebelum Couple masa kenal peragainya lain, berbeza sangat. Bila dah couple, Allahu sedih betul tapi dah sayang, hadap kan je lah. Sebab Alja ingat boleh berubah, jadi kita pun bertahan je lah. Rupanya....

Ni Alja share sikit komen-komen yang agak panjang mengalahkan perempuan komen. Kalau nak baca komen lain, mungkin korang boleh terjah Page Apakes ni. Nak backup ke, nak hentam sekali pun takpe, sebab Alja kongsi berdasarkan pengalaman Alja sendiri. Tapi biasalah lelaki, dorang akan backup lelaki juga walaupun lelaki salah.
Yang baik hanya untuk yang baik sahaja? Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya? Ye, memang dalam Al-Quran pun sudah tertulis mengenai ini dalam surah An-Nur. Tapi kita kena faham apa yang dikatakan dengan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya.

Kalau nak kata macam ni, Habis kalau semua dok baik, Takde lah perempuan kahwin dgn penzina, takde lelaki kawen dgn perempuan penzina dan Mungkin juga penzina itu sedang cuba untuk berubah. Wallahualam.

Nak cakap lelebih pun Alja tak mahir dalam bidang ni, lebih afdal kita tanya yang lebih arif. Tapi yang penting kita carilah pasangan mengikut Empat (4) perkara ni iaitu Agama, Keturunan, Rupa dan Harta.

Pesan Abu Hurairah r.a. kepada puterinya "Pilihlah bakal suamimu orang yang bertaqwa karena jika dia suka kepadamu, dia mendoakan kebaikan untukmu. Jika dia tidak menyenangimu, dia tidak akan berlaku zalim terhadapmu"
Komen Sos Kicap ni paling tak suka, Alja taknak gaduh buat jadi gaduh. Siap main mak ayah lagi. Dia bercakap pun macam kenal Alja dah lama. Wahai sos kicap, Masa kenal memula lagi dah terfikir sebab nampak dia baik, takde orang perempuan baik orang lelaki nak kaut sesape jadi pasangan. Dah memula nampak ok, jadi mulakan Next step dengan ber-Couple. Bila dah couple baru nampak peragai sebenar.

Dunia balas dunia, memang dunia balas dunia. Tapi cara cakap macam kenal Alja je siap main mak ayah. Buatnya mak ayah orang tu dah meninggal? Oh buat pengetahua Sos Kicap, Ayah saya dah meninggal ok. Emak saya ada ni, tapi tengah sakit tua. Jadinya saya takkan maafkan awak sebab main nama Mak ayah saya.

Malah tuduh kata saya kaki pengkikis duit emak ayah. Tapi sorry, kalau Sos kicap ni jenis takde sensitif pasal mak ayah ni, mungkin sos kicap yang buat. atau mungkin sos kicap ni jenis kaki pengkikis. Masa couple lagi saya dah bau taik sebab peragai dah mula macam taik, tapi sebab sayang. tahu kan cinta itu buta? walaupun bau taik, dah sayang. hadap juga. Faham sos kicap? Jenama apa ni? Kalau Jalen sedappp. Dengan Tagline "Tak sah tak ada Jalen"
Kalau korang baca dekat atas tu tak ada pulak Alja kata "SEMUA LELAKI" dah terang-terang cakap "YANG AKU JUMPA DAN ASYIK JUMPA IALAH LELAKI KAKI KIKIS" berbeza kan? Sebab itu perlunya membaca dengan betul supaya tak salah faham. Kalau Alja letak nama, dah kira mengaibkan. Ceritanya sini Alja nak share pengalaman taknak mengaibkan. Tapi tak sangka tarik perhatian ramai lelaki.
Tak faham orang macam ni. Bagi Alja siapa yang komen macam ni, maknannya dia yang berpengalaman sampai ber-kiss kiss. Bagi Alja terlampau biadap. Alja bukan nak mulut jahat. Tapi dia dah fitnah Alja. Bila fitnah, Alja harap dia rasa apa yang Alja rasa. kalau bukan dia pun, ahli keluarga terdekat atau anak takpun wife dia. Bukan dia je komen macam ni, ada yang siap kata "B@&i" lagi. Tapi Fahmi Mustapha dah delete komen dia. Terlalu lancang berbicara sampai tak kisah nak tulis apa dah kan?

Kalau cakap pasal mengaibkan, ada sesiapa kenal ex Alja yang lepas? Nama? Tempat Tinggal? Muka apatah lagi mestilah tak kenal. Yang kenal pun teman rapat dan family. Itupun dorang tahu peragainya macam mana. Tapi ada beberapa Komen adik-adik kakak-kakak manis (perempuan) yang senasib dengan Alja. Ada satu komen ni Alja rasa Win.
Komen ni lah Alja rasa ok, even bukan pengalaman dia sendiri. Tapi dia berada berdekatan dengan situasi macam ni. Tak semua perempuan kaki kikis dan tak semua lelaki kaki kikis. Siapa pernah kena tahu lah rasanya macam mana. Sebab sayang, tak kisah langsung. Dah bau taik, kentut bau petai, kalau sayang, hadap juga.

Lagipun lelaki ni pada pandangan Alja, bila dorang dengan kawan-kawan perangai dorang lain. Bila dengan Gf dan family pulak lain. Kenapa Alja kata macam ni? Ex Alja yang kaki kikis ni, marah betul Alja kalau cakap pasal duit. Siap kata dia yang belanja Alja serba serbi dekat teman dia padahal topup dia pun minta Alja. Dah setahun bertahan akhirnya Alja minta putus.

Alja tak sangka ramai lelaki komen, mungkin kita berkongsi hidup yang sama dan lelaki yang sama, betul tak wahai lelaki sekalian? hahaha Itu sebab lelaki-lelaki ni butthurt sangat. Padahal Alja cerita berdasarkan lelaki yang Alja kenal. Tapi dorang komen seolah-olah kenal Alja dan Ex Alja. Alja pun dah malas nak tengok lagi komen-komen tu.
Image result for lelaki yang baik untuk wanita yang baik surah
Alhamdulillah sekarang Alja bebas. Apa pun, marilah kita perbaiki diri agar jumpa pasangan yang dapat menerima baik buruk kita. Terutama pilihlah yang beragama. Kalau pilih agama, dia marah pun takkan sesekali naik tangan. Doakan Alja dapat pasangan yang baik macam korang semua.

Wallahualam, apa yang Alja kongsi ini hanyalah pengalaman Alja sendiri. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari Alja sendiri.

Happy New Year 2017 | Ada Azam?

Assalamualaikum hai semua, Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua yang baca blog Alja ni. Terasa baru semalam je sambut New Year tapi tengok tarikh dah 3 haribulan dah. cepatnya masa berlalu kan? Bila sebut tahun baru je mesti ada yang bertanya tentang AZAM.

AZAM 2017 sama je dengan azam tahun tahun lalu cuma itu lah ada penambahan dan perubahan itu je bezanya azam Alja tahun ni. Macam mana Azam awak semua?

AZAM Alja 2017 ni harap dipermudahkan segala urusan. Tahun ni umur pun dah meningkat and dah lebih dewasa sedikit. Ceh boo lah sikit. hahaha Tahun 2017 ni, baru je lepas diploma, result pun ok, nak sambung degree tu memang ada niat, InsyaAllah kalau dimudahkan.

So sekarang ni nak kumpul ASET. Beli rumah tu tak lagi, cuma dalam permulaan baru nak hidup ni nak beli kereta, nak ada kerja tetap yang bagus. Sebab sebenarnya cita-cita nak jadi Cikgu, cikgu pula nak jadi Cikgu tadika. Hahaha Aamiin kan lah :D

Takde apa nak azam sangat, nak azam kurus pun, tiap bulan asyik azam kurus tapi tak buat buat, so azam tu tinggal je lah. Ada nampak Alja kurus tu, maknanya dah berjaya lah tu, kalau tak kurus lagi, maknanya azam dah lari ke kampung.

Apapun, Jangan azam je lebih tapi tak buat apa apa tindakan, Azam dengan Tindakan itu betul. Harap 2017 kita ni semua berjalan lancar dan diredhai Allah. InsyaAllah.

Sesi penghabisan baucer buku dengan membeli Buku Fixi Terbaik (Suka imaginasi)

Assalamualaikum Hi semua. Tadi Alja pergi aeon maluri, nak beli kasut idaman gittew. Then teringat Alja still ada Baucer buku lagi, dalam RM100. Sayang kalau tak guna sebab tarikh tutup pun nak dekat. Dah alang-alang keluar, terus pergi kedai buku MPH.

Lama betul memilih. haha sebab tak tahu nak beli buku apa. Then ingat nak beli buku kekanak untuk anak buah. Tapi fikir tak payah kot. hahaha Alja suruh kakak alja beli buku. So dia ambik buku yang popular dekat wayang sekarang, iaitu "Me Before You" dengan Awang murshid. Ada lebih lagi. Jadi dah round banyak kali. End up, Alja pulak beli buku. So, Alja decided beli buku Fixi Santet dengan Kelabu.

Banyak sangat Fixi, rasa nak grab semua macam membazir. So pilih je 2 buah buku ni dulu. Tak tahu kenapa suka baca buku jenis macam ni. Kuat imaginasi betul. haha

Pernah tau Alja baca Buki Fixi ala ala version Hantu. Tapi Lupa nama tajuk. Sorry! Nanti kalau ingat alja bagitahu balik. Bila baca, sampai termimpi-2. Mcm real berpeluh bagai. serius.

Lagi satu, Alja ni kalau masuk kedai buku. Ya Rabbi rambang mata. Semua nak beli. Semua stress kalau teman Alja pergi kedai buku sbb stay kedai buku tuh lama sangat. Boleh jadi 2-3 Jamkekadang sayang nak tinggalkan kedai buku T_T teruks. haha

Susah nak cari kawan suka baca buku lelagi buku cengini. Siapa nak jadi Teman Sebuku dengan Alja? Teman sehidup semati pun boleh. hahaha :p

Yeay! Kad Raya dah selamat mendarat :D

Assalamualaikum hi semua. update ni cuma nak bagi tau kad raya Alja yang Alja tempah harituh dengan Kak Shida Radzuan dah siap and dah selamat sampai ke tangan Alja. seronok! yeay.

Inilah namanya sediakan kad raya sebelum raya! ada ke pepatah macam ni? haha bantai.
See! Tahu tak, 10 tempahan pertama dan terawal akan dapat freegift dari Kak Shida. semua kaler pastel. cantik geram tengok. haha seperti yang korang lihat dekat gambar atas ada makhluk berbungkus kaler hijau turqoise, itulah freegift dari kak shida. Apa itu? itu adalah Tudung bawal. package boleh pakai time raya, jimat dah :p hehe
dan atas ini adalah kad raya Alja yang Alja tempah. cantik tak? cakap cantik cepat! hahaha memang susah nak lari dari warna baby blue dan pink ni. Fav sangat.

Nak tempah juga? Jom Order dengan Kak shida. Untuk freegift ni, tadi kak shida ada update masih ada 5 kekosongan lagi. kalau nak, boleh cepat contact kak shida tau :)



pstt, nak tak kad raya Alja? siapa nak and sudi nak? hamboi sedih ayat. haha Boleh msg Alja tau sebab limited, alja tempah 50keping je dan dan dan Alja ada button badge dari blog Alja juga, ingat nak bagi sekali. button badge pon limited ada dalam 20-30 je kot rasanya. not sure. Jadi kena guna konsep Siapa cepat dia dapat! hihi Btw kalau korang ada buat kad raya, boleh bagi Alja, nak simpan semua kad raya blogger Malaysia :D

Bye Xoxo :)



Praktikal | Akhirnya hari yang dinanti telah tiba!

Assalamualaikum hai semua. yeah! hari yang dinanti dah tiba, iaitu hari terakhir praktikal. yabedabeduuuuu!! Alhamdulillah tamat sudah, 06 november. Jadi, tinggal nak present depan pensyarah je hari rabu ni. Depan pensyarah yang bernama Encik Shahrol Faizal. Gabra Alja rasa. Ada tips nak bagi tak? :D 
So dalam praktikal ni, yang pertama yang kita kena siapkan ialah buku log iaitu buku yang kita kena catat setiap hari dengan aktiviti yang firma bagi. Tapi bila firma tempat kau tak bagi kerja sampai 3-4 hari, kau rasa? Rasa nak nagis sebab tak tahu nak tulis apa dalam buku log ni T_T hahaha
Then second, kita kena siapkan laporan akhir L.I ni. Dalam laporan akhir ni, kita kena siapkan benda-2 seperti dalam bawah ni ...
  1. Surat pngesahan tamat latihan dari organisasi tempat latihan
  2. Abstrak (Abstrak ni kena budal dwibahasa iaitu malay and english)
  3. Dedikasi
  4. Penghargaan
  5. Senarai kandungan
  6. Bab 1 - Pendahuluan, Objektif LI & laporan serta kepentingan LI
  7. Bab 2 - Latar belakang syarikat
  8. Bab 3 - Ringkasan aktiviti LI
  9. Bab 4 - Laporan teknikal
  10. Bab 5 - Dapatan dan cadagan ( cadangan kpd poli & Pihak organisasi)
  11. Bab 6- Kesimpulan 
  12. Lampiran
  13. Rujukan
So bila dah siap semua apa yang disenaraikan kat atas ni, jadi kita boleh jilidkan ! yahuuuu Alhamdulillah.

Yang ketiga, Lepas dah siap perkara pertama dan kedua. benda yang ketiga kita kena buat ialah Slide pembentangan.
Slide pembentangan ini ialah untuk kita present depan pensyarah selama 15 minit! wow T_T hahaha

Ok, siapa pernah praktikal? ada pengalaman present depan lecture? Boleh bagi tips tips tak? Yang dapat naikkan lagi semangat serta kurangan lagi ketakutan alja ni? terlebih nervous pulak sebab kena bentang depan lecture lelaki T_T
dan inilah mukaaaaaaaa. muka happy giler sebab dah habis LI. Ada org ternampak mata saya bergenang dek airmata. Mmg, time pagi tuh nagis. banyak sangat perkara yang mengusik jiwa, problem hal personal. Sampai tak mampu nak kongsi kat siapa. So, mampu nagis nagis nagis. Tapi tak juga selesai masalahnya. Menangis je, masalahnya takkan selesai. hahaha sekrang pun masih menangis! Allah, bila lah nak hilang sedih ni T_T dah tak kuat. Tak kuat macam org lain fikir. hahaha

Btw terima kasih bebanyak kepada firma yang sudi mengambil saya menjalani latihan industri selama 5 bulan dari 22 jun sehingga 06 november 2015 selama lebih kurang 5 bulan iaitu firma KA Associates, Jalan Jejaka, Taman Maluri. dan terima kasih juga kepada supervisor saya Sr. Mohamad Shazali serta rakan ofis yang lain yang banyak sangat bantu saya dalam hal-hal yang saya tak tahu. Tak lupa juga, Emak and Family yang memberi dorongan serta sokongan serta bantuan kewangan selama menjalani latihan industri ini. Yeha! 

Tapi apapun, doakan semoga Nur Aljawahir binti Kamashah lulus dengan baik dan cemerlang dalam sem 4 praktikal ini dan dipermudahkan dalam pembentangan. Aamiin! hehe maceh :D