Layakkah aku dipanggil Da'ie ? :')
Bismillahirrahmanirrahim .. Assalamualaikum andd yeoboseyo . TerimaKasih . Jazakumullahu Khairan Sahabat-2 blogger . Sahabat-2 facebook . Sahabat-2 twitter dan Sahabat-2 saya tak kira dimana pun yang mendoakan Kesihatan Emak saya didalam Entry "Doakan Emak saya" ini . Memang banyak Masalah dalam pembedahan Emak saya . Sampai terpaksa ditangguhkan Pembedahan Emak . Sungguh bila saya mendengar , melihat emak saya . Saya rasa Emak saya terseksa sangat . Tetapi saya tahu Emak saya seoarang Wanita Seorang ibu yang Kuat . Dialah seorang Emak yang baik , Bangun pagi-2 kekadang tak tidur dalam erti kata lain tidur-2 ayam . Bila bangun pagi , Emak akan memasak macam-2 untuk kami . Bila kami sakit , Emak susah tidur , menjaga kami bagai anak kecil . TerimaKasih Emak . Sayang EMAKK !!
" Ya Allah haramkanlah wajah Ibu dan Bapa ku dari disambar oleh api neraka, kurniakanlah buat mereka syurga tanpa hisap "
Kembali ke tajuk asal kita "Layakkah aku dipanggil Da'ie ?" ... ALLAHU . Sungguh , aku terasa diri aku tidak layak untuk dipanggil da'ie . Layakkah aku ? sehinggakan Sahabat-2 aku memangil aku dengan panggilan yang Cukup aku teringin iaitu "USTAZAH" . Allahu , tetapi aku masih belum layak dipanggil sebegitu . Aku tegur orang , tapi diri Ku ? Masih juga ada salah . Masih terkapai-2 . Bagaimana mahu membimbing orang lain ? Aku malu . Malu bila digelar Da'ie , Malu bila digelar Ustazah . Sungguh indah panggilan itu tapi Layakkah aku ?? tetapi , Kita hendaklah beringat bahawa Hidayah itu milik Allah . Dia akan memberi kepada siapa yang dikehendaki yakni hamba-hamba yang terpilih yang berusaha mencari cahaya-Nya .
Islam itu datangnya dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang. Beruntunglah mereka yang menggenggamnya ketika ia kembali dagang. [H.R Muslim]
Pesan Rasulullah SAW "Jangan jadi seperti sumbu pelita . Hidup menerangi orang lain , tetapi membakar diri sendiri . Mengajak manusia untuk beramal itu dan ini , tetapi untuk dirinya tidak dilaksanakan . Ibarat menjadi jambatan bagi manusia lain untuk ke syurga , tetapi dia sendiri yang jatuh ke dalam neraka . Nauzubillah ! Sungguh , benda ini yang aku takutkan . Aku takut aku sendiri yang tak buat ...
Ya ALLAH . Aku bagaikan sebutir pasir yang lemah lagi kerdil . Teguhkan Keimanan Jiwaku agar tidak terpesong dari-Mu
Semakin aku menapak di jalan ini . Semakin aku diuji . Benarlah jalan ini bukan mudah dilalui . Memang adakalanya aku seakan penat tetapi aku tahu tidak sepatutnya aku bersikap lemah apalagi menyerah . Da'ie bukan malaikat . Da'ie adalah manusia seperti manusia lain . Ada jatuh ada bangunnya . Apabila aku leka dengan Dunia , Kenapa tidak menegur ? KENAPA ? KENAPA ? dan KENAPA ?
Kadang-kadang apabila badai menimpa , aku terjatuh sehingga aku merasa diri ini tidak layak untuk mentarbiyah orang lain . Kadang aku merasa kosong , terasa ingin disentuh kembali kasih sayang Nya . Aku mencari kekuatan melalui tarbiyah kendiri . Kerna sekuat manapun aku berharap pada manusia , hanya Allah sahajalah yang berhak diharapkan . Kerana Allah tidak akan meninggalkan diri Kita , walaupun kita terjatuh, walaupun kita kadang-kadang tersasar . TerimaKasih ALLAH !
Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat Belas-Lasihan akan hamba-hamba-Nya. [al-Baqarah 2:207]
Memang , Aku akui , Bila kita diuji . Sungguh terasa perit , pedih dan amat menyakitkan sehingga air mata gugur satu persatu . Sungguh ! ia amar Sukar dan melelahkan sehingga merasa diri ini tidak Kuat tetapi itu bukan sebab untuk menyerah .
Allah S.W.T berfirman "Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman." [Ali-Imran 3:139]
Berubah itu payah , hijrah itu lelah . Istiqamah lagilah susah . Tetapi insyaALLAH jika benar niat kita baik , Niat lillahi ta'ala . Pasti Allah akan bantu .
3 Comments
Write CommentsAllah sentiasa menguji hambanya,,, jangan brhenti nasihat menasihati n tegur menegur dlm kebaikan.. insylh, semoga nasihat tu akan mmbantu kita d akhirat kelak..mana lah tahu nasihat tu mmberi kesan dengan orang y kita nasihati dn orang tu berubah jd baik dn kebaikan tu brterusan wlu kita dah mati..kn amal jariah tu..
In Shaa Allah, semoga dipermudahkan sgala urusan. Hanya Allah yg maha mengetahui. Aamiin.
Tegur menegurlah sesama kita..Allah Maha Mengetahui niat murni kita
follow sini
Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤