Product Review : Ecowell Anti-Aging Trial Pack Organic Facial Care Series | Liquid Facial Soap

September 29, 2016 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum hi semua, kali ni nak review sama juga produk dari Ecowell tapi tentang Liquid facial soap. Korang sebelum ni pakai produk apa? Pencuci muka ni ada bermacam-macam brand. Ada yang local, ada yang dari china, ada yang guna dari korea. Ada yang berasaskan kimia. Tapi, Alja nak bagitahu korang tentang facial soap ni yang berasaskan dari organic.

Pernah dengar tentang liquid facial soap dari ecowell? atau produk-2 kecantikkan dari ecowell? Alja dah cuba kelima-5 trial pack set organic dari ecowell. memang sesuai untuk kulit. semua kulit boleh guna. baik sensitif mahupun normal.

Liquid Facial soap dapat membersihkan kulit serta menyegarkan ulit korang. Liquid Soap Facial ini juga dapat membuang sebum berlebihan dan mengekalkan nilai pH kulit tanpa merosakkan lapisan lipid. Buih berkrim lembut tidak mengeringkan kulit kerana ia membersihkan dan menjadikan kulit lebih bersinar secara semula jadi kerana kesan yang kuat dari Organik Myrtle Air dan Organik Orange Oil.

Organic Myrtle Air yang membersih secara mendalam, dan mengandungi ciri-ciri anti-jerawat. Organic Orange Oil mengandungi anti-radang, anti-bakteria, serta tahap vitamin C yang melindungi dan menyembuhkan kulit, menggalakkan penghasilan kolagen dan mengurangkan kedutan dan kerosakan kulit yang disebabkan oleh pendedahan kepada unsur-unsur alam sekitar. Ia juga menghalang jerawat.
Cara penggunaan: Cuci muka Dengan air suam, buih kan Ecowell Liquid Soap Facial di tapak tangan. Urut seluruh muka dan leher. bilas dengan bersih. Gunakan dua kali sehari.

Bahan-bahan: Aqua, ** air Myrtus Communis Daun, Sodium Cocoamphoacetate, Cocamidopropyl Betaine, Glycerin, Lauryl Glucoside, Coco-glucoside, Asid Laktik, Sodium Glutamat Cocoyl, Sodium Lauryl Glukosa carboxylate, phenethyl Alkohol, Glyceryl oleat, Sodium Benzoate, Potassium Sorbate, ** Citrus aurantium Dulcis (oren) Peel Minyak, Ethylhexylglycerin.

Review dari Alja, pencuci ni ada dah guna. buih pon tak banyak. tuang sikit pon dah cukup. Orang kata kalau buih sikit ni, bagus untuk kulit. Memang segala makeup apa yang Alja pakai, bila guna pencuci muka ni, senang je tanggal. biasalah, Alja seorang wanita tahu makeup, tapi malas nak bersihkan. terus je cuci muka. takde nak lap-2 guna tisu basah. hahaha. kulit pon jadi lembut bila lepas cuci. rasa segar tu sampai ke liang-2 roma. korang patut cuba juga tau! best giler :D

Harga untuk Set trial ni RM231.97, ada 5 item iaitu,
  1. Liquid Facial Soap – 30ml
  2. Face Tonic – 30ml
  3. Make-Up Cleanser Milk – 30ml
  4. Cell Renewal & Hydrating Face Mask – 30ml
  5. Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream – 15ml
Yang Alja guna ni merupakan set trial iaitu 30ML punya. Kalau nak besar sikit ada iaitu saiz 150ML. Yang bestnya kalau beli Set trial ni, dapat tahan selama 30 hari, ada dermatologically Tested, sesuai untuk Normal to Oily Skin, Eco-Friendly dan yang best, kecil senang untuk dibawa kemana sahaja. Berminat? Korang boleh beli di,



Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤