Product Review : Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu
Assalamualaikum hai semua, Tahu kah anda, kita ni bukan sahaja kena bersihkan anggota badan dan kepala. Bahagian intim kita juga mestilah dibersihkan bagi kesegaran yang berpanjangan sebab kawasan intim akan membiaknya bakteria. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan
intim.
Bahagian intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut.
Bakteria membentuk sebuah ekosistem smeula jadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada
sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. Bertentangan dengan kepercayaan umum,
membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan mengganggu
keseimbangan semula jadi, lantas mendedahkan anda kepada risiko jangkitan.
Lengkapkan rutin
penjagaan peribadi anda dengan Pembersih
Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasi
dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat
dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang
menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem
berada dalam keadaan baik.
Bahan utama
ekstrak Daun Sirih kini dipertingkat dalam
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih
SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini
diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.
Selari dengan
peredaran masa, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan
wajah baru yang lebih segar.
Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada
keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang
lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih
sofistikated. Pembersih Kewanitaan Daun
Sirih SUMBER AYU ini juga di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para
pengguna Muslimah.
Pembersih
Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di
setiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian enam wangian yang menarik dan
pelbagai.
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER
AYU Orkid – Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian
ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu
yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.
Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER
AYU Mawar – Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang
menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa
romantis
Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Floral – Kombinasi percikan aroma
pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita
yang sentiasa ceria dan bersahaja.
Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER
AYU Musk – Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran
optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai
dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang
terkenal dengan nuansa anggun.
Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER
AYU Gambir – Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula
jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai
sentuhan alam di dalam kehidupan.
Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER
AYU Fruity– Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa
bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria,
lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.
Review dari Alja : Produk pencuci yang terbaik. Rasa fresh sepanjang hari. Takde lagi rasa tidak selesa, gatal-gatal. Alja suka bau Floral. memang best. Korang pon patut try juga. Lagi-2 bila formulasinya telah dipertingkat. Jadi, Mesti makin elok dan makin superb. Harga pon murah. Duit poket ada RM5 pun dah boleh beli! hihi.
Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun SirihSUMBER
AYU boleh
didapati pada harga RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml). Rangkaian
penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER
AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Produk-produk SUMBER
AYU kini terdapat di semua pasaraya utama, dan farmasi.
2 Comments
Write Commentsalja makin cantik :D
suka juga guna ni
Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤