Sistem Guru Online (SGO) merupakan Website yang sangat berguna untuk Guru-guru, Ibu bapa dan Pelajar

June 09, 2017 0 Comments A+ a-

Pernah tak korang jumpa satu website yang Guru-guru, ibu bapa dan pelajar boleh buat rujukan? Setahu Alja macam tak pernah jumpa lagi. Kalau dulu kita pelajar dan belajar semuanya berdikari sendiri. Tapi Zaman sekarang, cara tu macam dah tak relevan sangat sebab semuanya mudah, dihujung jari. Tak tahu tanya dalam Whatsapp. Zaman dulu mana ada Whatsapp kan.

Tapi, mungkin ada dikalangan ibu bapa atau pelajar tak tahu mana nak cari sumber rujukan nota ataupun spot soalan peperiksaan atau mungkin tarikh-tarikh cuti untuk pelajar. Sekarang tak payah pening-pening lagi. Alja nak tunjuk satu website yang mudah untuk setiap Guru-guru, Ibu Bapa dan Pelajar.

Website yang diberi nama SISTEM GURU ONLINE. SGO ini sangat mudah untuk setiap pelajar dari Sekolah rendah Darjah Satu (1) sehinggalah Darjah Enam (6) dan untuk sekolah menengah dari Tingkatan Satu (1) sehingga ke Tingkatan Lima(5) termasuklah untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PT3 dan SPM.
Ha untuk guru-guru ada istimewa sikit, guru-guru boleh Log In APDM KPM. Apa itu APDM KPM? APDM KPM ini merupakan Satu Applikasi pangkalan data murid. Applikasi ini hanya boleh diakses oleh guru-guru. Applikasi ini adalah untuk memasukkan kehadiran dan segala data berkaitan murid secara dalam talian. Website APDM ni juga ada pengesahan robot. Jadi segala data adalah sangat selamat.

Antara penggunaan sistem APDM ini ialah,

  • Guru dapat mencatat kehadiran murid ke sekolah sama ada hadir, hadir tetapi lewat, tidak hadir bersebab ataupun ponteng secara online
  • Guru boleh mendowload borang maklumat murid ini di dalam aplikasi pangkalan data murid. Data ini dikutip pada awal tahun untuk dikemaskini oleh guru kelas
  • sangat berguna jika dapat di eksport ke dalam mana-mana sistem atau jika diperlukan secara adhoc kerana semua data sudah ada tersedia

Sangat bergunakan Website Sistem Guru Online dan juga Sistem Applikasi Pangkalan Data Murid ini? Guru-guru pun tak penat menulis tangan untuk tulis data anak murid. Ibu-bapa tak payah pening-pening tanya bila anak-anak cuti sekolah atau pelajar juga boleh buat rujukan melalui SGO ini.


Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤