Selera Ramadan Buffet berkonsepkan 2 dalam 1 di D'Kayangan Steamboat

June 08, 2017 0 Comments A+ a-

Untuk pengetahuan korang, ini merupakan kali kedua Alja makan di D'Kayangan Steamboat ni. Memang sangat berbaloi dan kenyang ya ampun. Yela bayar tak mahal, tapi makan macam-macam. Balik tinggal bawa perut yang gementak kenyang je. hahaha
Tapi, untuk Ramadan kali ini, Alja nak share kelainan yang ada daripada sebelum ni. Di D'kayangan Steamboat, terdapat beberapa gerai kecil seperti Roti Jala, Roti John, Kuey Teow, ayam goreng berempah, Sup kambing, Mee kari dan juga kambing golek kesukaan ramai!!
Tak kenyang nya makan ni, lain takde? Alja nak citer lah ni. Perut korang tak akan berlapar kalau pergi makan di D'Kayangan Steamboat ni. Di D'kayangan Steamboat terdapat juga hidangan secara buffet, Hidangan utama yang disediakan ialah Nasi Beriyani, Ayam Beriyani, Dalca Beriyani, Jelatah, Papadom, dan Asam Laksa.
Menu ini disediakan sepanjang bulan Ramadhan sahaja tau. Bulan lain, promo lain lah kan. hehe Selain hidangan utama mereka ini, D'kayangan steamboat juga menghindangkan hidangan lain seperti Nasi putih, Daging Masak Merah, Ikan Dori Masak Masam Manis, Sayur Masak Sos Tiram, dan beberapa masakan panas yang lain. Hidangan ini bertukar setiap hari. so takde lah bosan kan? 30 Ramadan boleh makan dekat sini. hahaha
Bukan Buffet sahaja, dah namanya pun D'kayangan Steamboat haruslah ada steamboat. Pada bulan Ramadan tahun ini, D’Kayangan Steamboat BBQ Buffet mengutamakan masakan secara steamboat. Pengunjung diberi 2 pilihan sup iaitu Sup ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan.

Alja kalau makan haruslah nak Tomyam, Rata-rata pengunjung mesti ambik tomyam sebab nak rasa macam manis pedas kuah tomyam tu. Sedapnya bila Teringat kuah bulan puasa ni. haha Sup yang dipilih ini nanti akan dnikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar.
Untuk menambah kesedapan bila makan, terdapat juga pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi.

Air yang dihidangkan juga adalah pelbagai rasa dan warna. Terdapat juga Pencuci mulut seperti Buah-buahan. Buah-buahan nak makan kosong boleh, makan tambah kuah rojak pun lagi bertambah sedap. Ada kuih-muih melayu, ada kek. Ada juga ais krim kegemaran semua peringkat umur serta ais kacang lagi.
Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan menawarkan lebih 199 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 400 orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang dibahagian penghawa dingin dan 220 orang di bahagian ruang terbuka. Terdapat juga kemudahan seperti surau perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat letak kereta yang luas. 

Harga pun sangatlah berpatutan serendah RM44.90 untuk dewasa, RM22.90 Kanak-kanak, harga dan pelbagai menu yang D'kayangan Steamboat hidangkan kepada pelanggan sangatlah berbaloi untuk korang grab cepat-cepat. D'kayangan Steamboat beroperasi dari pukul 5.00 petang sehingga 12.00 malam pada hari Isnin sehingga Ahad. Berbaloi sangat kan? Harga pun dah temasuk cas GST. Bermula dari 27 Mei sehingga 23 June 2017. So apa tunggu, cepat call untuk tempahan.

Instagram : @dkayangansteamboat
Hubungi   : 012-297 1091  |  017-627 4015   | 03-5523 4979
Tempat     : D'kayangan Grill & Barbeque Steamboat
Alamat     : No 1, Sri Acappella Service Apartment, Jalan Lompat Tinggi 13/33,
                   Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤