Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Shopaholic, Jom dapatkan Membership Card Benang Hijau Sekarang | Diskaun 20% pada hari jadi pemegang card

Assalamualaikum hai korang semua, Benang Hijau ada buat Warehouse sale lagi tau. Kali ni Kelantan Edition pulak 17 & 18 March 2017 (Jumaat dan Sabtu). Nak tahu apa yang ada di warehouse sale serta kemeriahannya di sana? Boleh terjah entry Alja yang ini [ Warehouse Sale Benang Hijau ] kat situ alja ada update.

Kali ni, Alja nak share dengan korang and ajak korang untuk jadi membership Benang Hijau. Sebab Untung sangat terutama orang-orang yang suka shopping ni. Kalau takde membership, kita beli dah rugi, kalau ada membership, kita still dapat 10% diskaun tau!
See, Hijau lagi kad ahli dari benang hijau ni. Dari jauh dah nampak, jadi, takde lah tersilap nak keluarkan kad A, terkeluar kad B. hihihi Yang bestnya,
  • Diskaun 10% bagi semua produk
  • Diskaun 20% pada harijadi pemegang kad
  • Diskaun & Promosdi Istimewa pada hari-hari tertentu
  • Automatik menjadi EJEN DROPSHIP Benang Hijau dan boleh promosikan produk Benang Hijau secara online
  • Preview produk baru dan promosi khas untuk Member yang akan diadakan dari semasa ke semasa.
  • Yuran Pendaftaran RM20
  • Yuran Pembaharuan setiap tahun RM10

Wah banyaknyaaa kebaikkan, Bestkan? Jom ramai-ramai daftar untuk menjadi keahlian Benang Hijau. Ada banyak kelebihan menjadi pemegang card ahli Benang Hijau tau. Kalau nak jadi antara ahli benang hijau, korang boleh daftar di semua outlet Benang Hijau atau secara talian di Facebook Page Benang Hijau Collections.
Ha, ni ada berita terbaik buat March Babies. Khas buat semua pemegang kad Member Benang Hijau yang dilahirkan pada bulan Mac ! Benang Hijau nak bagi surprise ni.

Kepada semua March Baby dan pemegang kad member Benang Hijau, korang boleh redeem free shawl korang di mana-mana lokasi benang hijau atau boleh Benang Hijau Maps dan dapatkan diskaun 20% untuk semua produk Benang Hijau (Tidak termasuk promosi). Promosi ini sah sepanjang bulan mac ini.
Benang Hijau dihasilkan pelbagai jenis tudung seperti Shawl, Instant Shawl, hijab ekspres dan Inner tudung untuk memenuhi keperluan Hijabers. Semua tudung yang pada asasnya direka untuk menutup dada dan kepala, depan dan belakang baik. Ia menjadikan si pemakai selesa dan yakin untuk sebarang majlis yang mereka hadiri.

Datang dalam segi empat tepat berbentuk Laura dan kubah berbentuk Nadeera dengan pelbagai warna dan cetakan. Dengan Lily asas kami, Instant Shawl, Lily terdiri daripada Lily Plain, Lily Premium dan Lily Printed, tidak lupa Lily baru kami dengan Swarovski ia pasti, mesti ada pelbagai segera di dalam almari anda!
Pelbagai Tudung dan Shawl yang dikeluarkan oleh Benang Hijau, Antaranya ialah
  • Bawal - Kayla, Naura, Maira
  • Shawl Cailly, Ava,
  • Keluaran Lily - Plain, Exclusive, Essential, GlamRose, Luxe, Premium, Printed dan Magical
  • Keluaran Suri - Plain, Printed
  • Wonderlily - Plain , Printed
  • Inner Magix Sofya
  • Express Hijab

Jubah, Dress dan Baju Kurung
  • Hana Basic Jubah 
  • Lana Dress
  • Imann Blouse
  • Dina Blouse
  • Autumn Tree Dress
  • Azalea Midi
  • Maia Dress
  • Melissa Dress
  • Mikayla Dress
  • Nana Plain Blouse
  • Suraya Plain Mini Kurung
Pants
  • Kate Pants
  • Candy Pants

Fuh banyakkan produk dari Benang Hijau? Boleh rambang mata. So berbaloi sangat apply member card dari Benang Hijau ni. Renew pun baru RM10 tapiuntung banyakkkk sangat.

Ha, Jangan lupa Warehouse Sale Tour Benang Hijau ok, Minggu ni di Kelantan. Save Gambar ni boleh lah shopping. Jauh? Personal Shopper ada, Jangan risau. hihi. Kalau ak tahu update terkini, boleh terus ke Instagram Benang Hijau


Warehouse Sale Benang Hijau | Wow Bestnya Shopping Murah murah serendah RM5 , PERCUMA Shawl untuk semua MARCH Babies !!

Assalamualaikum hai koranggg. Nak bagitahu ni, ya ampunnnn!! Wanita mana yang tak suka shopping? Tak suka? Tipulah, mesti ada perasaan sikit nak beli juga kan? even bukan untuk kecantikkan. Betul tak?

Macam Alja, Alja suka shopping, Emak sampai marah T_T Ya tohannnn, tapi shopping kalau benda tu takde je lah, kalau ada and rasa membazir, tak akan beli. Eh yeke? Jangan percaya. Hahahahaha

Ha, Tak kisah lah suka shopping ke tak suka shopping ke, nak share dengan korang ni. Korang mesti pernah dengar tentang BENANG HIJAU. Tak tahu? Benang Hijau ni merupakan Satu brand untuk baju-2, tudung, Jubah, Baju kurung khas untuk muslimah yang sangat cantik dan ikut zaman punya.
Ahad lepas, 05 March. Alja pergi ke Warehouse Sale Benang Hijau di Bangi. Sebenarnya saje je mention tarikh tu, sebab tarikh tu birthday sendiri, lepastu beli hadiah sendiri. Weh kesiannya. hahaha oklah oklah sambung balik...

So masa tarikh tu, Alja pergi ke Bangi. Tengok dari luar, Fuh ramainya orang!! Semua shopping ke tuu? haha dan Alja pun tak terlepas detik detik sebegini. Tak shopping, at least cuci mata pun sedap juga kan? Asyik benang hijau, menarik sangat ke?

Haruslah menarik, tak menarik, sisthor tak share kat hangpaaa nohhh. kikiki


YANG MENARIK DI SINI
  • 50 pelanggan terawal dapat promosi BUY 1 FREE 1 ! SILA DATANG AWAL DAN AMIK NOMBOR
  • LUCKY DRAW untuk pembelian RM150 ke atas
  • Mini kalendar Benang Hijau PERCUMA untuk pembelian RM150 ke atas
  • Bouncy Castle serta tempat duduk untuk anak-anak dan bapa bapa yang penat menunggu isteri shopping
Tengok tu, ingat orang perempuan je ke? Orang lelaki pun siap join dua kaki tolong pegangkan beg, Jaga anak lari sana sini, Tolong pilihkan sekali. Sweet tak? hahaha Ingat ni ke yang menarik? ada lagi ok.

Kalau korang nak tahu, Semua baju-2 tudung-2 mendapat potongan sehingga 80% ok. Weii Turun banyak sangat tu. Tak ke berbaloi?
Tengok tu, turu banyak and gila gila betul harga dia. Kenapa tak nak grab? tak menyesal ke tu? *Senggih bagaikan kerang* hahaha

Boleh jadi tak tentu arah duduk sini, cuci mata je? Eh jangan harap. 3 kali Alja lalu dekat Jubah Mikayla ni, tak lepas pandang, takut menyesal terus Grab. Yela dari Harga RM179 terus jatuh sampai RM50!! Ya Tuhann, Tobat Alja tobat. hahaha
Dolly Blouse pun Alja tak lepaskan peluang, sebab dari harga RM109 terus jatuh terduduk tergolek harga dia jadi RM20. Eh gila ke pandang gitu je? sebab kain pun sedap. Candy Pants pun Alja beli dua, kaler coklat dan purple, Harga dari RM79 jadi RM40. Mana nak dapat murah macam ni? Kain pun sedap, tak panas.

Tudung takde? Tudung tak banyak? Tudung dah banyak sampai Roboh lemari? Kemon, Jangan lepaskan peluang sebegini. Hahaha

Tengoklah semua tengah rambang mata agaknya ni, asyiklah belek tudung belek kaler yang sesuai untuk baju-2. 
Tak tahu nak pakai tudung instant? Mintalah Staff Benang Hijau untuk ajarkan! Sangat baik dorang ni, Ada yang siap pegangkan beg shopping kita. Thankyou Staff Benang Hijau! ^^

Gambar bawah ini Shawl dua muka instant Lily Glitter. Alja ada pakai untuk contoh dan juga Alja beli. hahahaha tak pernah ada glitter-2 tudung, apa salah tukar selera, murah pun murah. hahaha

Wuuu Time ni dah hujan dah, tapi apa kisah, kita kan bawah khemah, bawah bumbung. Hujan? Tak membantutkan seorang Alja untuk shopping!! Hahaha

So, mana-mana ibu bapa yang shopping, bawak anak, Boleh lah Tinggalkan dorang di Bouncy Castle sambil diawasi oleh si Ayah sementara si Ibu busy memilih baju yang berkenan dihati
Ala, bawa duit sikit je, cash tak banyak. Cash langsung takde. Eh bukan itu caranya nak bantutkan shopping time korang, Nahhh Benang Hijau terima DEBIT KAD DAN KREDIT KAD. Haha so apa lagi? Shopping lah! 
Alaaa Alja terlepas tarikh lah dekat bangi, sedihnyaaaaa tak dapat shopping pepuas macam seorang Alja. hahaha Haip. Takkan lah Alja biarkan korang terkapai-kapai kelemasan, Mai sini nak kata. Benang Hijau akan buat Warehouse Sale di Negeri-2 seperti yang tertera dibawah ini. Jadi Jangan lupa save date, lock date, apa pun date lah kan. kalau boleh buat set reminder tu. hahaha

Tapi Alja jauh lah, macam mana nak pergi, KL ke Johor, KL Ke Kelantan, Kelantan ke Sungai Petani. Emmm..

sebegitu mudah korang patah semangat? Relaks lah! Benang Hijau sediakan Personal Shopper untuk korang yang jauh, yang takdapat datang, yang kerja, yang berbagai lagi masalah. Guna pengeposan lah apa lagi! :D

Untuk tahu Personal Shopper Benang Hijau, Boleh lihat di Official Instagram @BenangHijau ok. Pastikan Trusted Personal Shopper Benang Hijau sahaja. Takut korang kena tipu, tak ke sayang duit. Sebab Benang Hijau akan Pamirkan Nombor Personal Shopper dorang di Instagram.
 
Oklah, dah Jom balik, peat shopping kan? hahaha Sat sat jangan pangkah lagi. Nak tunjukkorang antara barang yang Alja beli di Warehouse Sale Benang Hijau, Bangi

Tudung Merron and Mustard ni RM5 je wey, So Alja beli 2 saiz L (Meroon) dan M (Mustard), Yang atas tu Jubah Mikayla. Fefeling princess sebab kain dia berat and bila kembangkan, ala ala princess gitchuuu. hahaha. Baju Hitam dress yang Alja pakai dekat atas ni pun murah, Alja beli di BH Harga RM50. Sedap pakai, kain tak panas. 
                
Tudung Instant 2 muka Glitters pun Alja beli jugaaaa. dan yeay 2 plastik beg selepas pusing-2 1-2 Jam dalam tu. Kalau tunggu sampai 7 malam? Haish takut semua Alja borong. hahaha, Jadi, balek lah awal naik Uber, Dah lah kesian beli hadiah sendiri, balek pun takde orang ambik. Nasib baik abg uber baik :p hahaha

Jadi Jangan Lupa tengok updates terbaru di Instagram @BenangHijau ok! :D

Thank you Benang Hijau!! Selalu lah buat Sale lagi. Hahaha


Membeli belah di The mines Celebrity Fest sambil berjumpa dengan artis kegemaran Korang !

Ehsan gambar dari Faceook The mines Shopping Mall
Assalamualaikum hi semua! Alhamdulillah hampir seminggu sudah kita berpuasa dan berada di bulan yang penuh mulia ini iaitu bulan Ramadan. Minggu lalu, Alja pergi ke event Media briefing The mines Celebrity Fest di Teh Tarik Place, The mines.

Seramai 10 Blogger dan 5 Artis yang hadir semasa media briefing ini. Antara artis yang hadir ialah Erry Putra, Nas Adila, Aliff Razali (Af6), Keena Mentor dan Zarina Raja Lawak. Mereka adalah antara artis yang akan membuat jualan di The mines Celebrity Fest.
Ehsan gambar dari FacebookThe Mines Shopping Mall
Apa yang dikatakan dengan The mines Celebrity Fest ni? Ha, mana yang tidak tahu lagi, The Mines Celebrity Fest ini adalah satu Karnival Membeli belah dan akan ada lebih 10 Artis yang akan berada disana dan menjual barangan dari keluaran mereka sendiri. Seronok bukan?



Bila ni? Korang, Jangan lupa save date 25 dan 26 Jun 2016 ni tau. Hari Sabtu dan Ahad, Minggu ke-3 puasa kalau Alja tak silap. The Mines Celebrity Fest ini akan diadakan di Tingkat 3, The mines.

Antara artis yang akan hadir ialah seperti Nas Adila, Erry Putra, dan ramai lagi. Nas Adila akan menjual Shawl wangi beliau. Psst, katanya Shawl ni wangi tau. Takpayah sembur pewangi! Wah eksaited Alja dengar.
Tapi, Sedih sebab time tuh Nas Adila tak bawa Shawl dia masa Media Briefing. Tapi takpe, nanti 25 dan 26 Jun nak pergi dan insyaAllah nak beli Shawl keluaran Nas Adila. Ada 2 jenis Shawl. Kalau nak tahu, kena datang tau! Alja pun nak datang. Kita dengar pun dah eksaited :D
Erry putra pula akan menjual kasut berlampu. Rare kan? Memang jarang nampak kasut berlampu. Dekat Instagram harituh Alja nampak juga, tapi sayang, bukan di Malaysia, bila dah tahu Erry Putra jual, wah eksaited teruja ok. Boleh kumpul duit beli pula lepas ni.
Alja tunjuk family Alja and Emak Alja teruja siap lampu dekat kasut tuh warna warni. Kalau tak silap lebih dari 5 lampu yang akan bernyala tau! Seronoknya pakai lelagi kalai pakai time malam, dari kejauhan dah Nampak :p hihi. Jadi, mana yang berkenan, boleh lah beli di Instagram @Ep_Shoes , Instagram Shop official Erry putra atau terus datang pada 25 dan 26 Jun 2016 ni tau dan Mana yang tengok video, boleh tengok dekat Instagram Alja @NurAljaLee
Ehsan dari Gambar Facebook The Mines Shopping Mall
Keena Mentor akan menjual minyak wangi di sana. Jom wangi bersama dengan pewangi Keena Mentor! Ha, Pewangi apa Keena Mentor ni jual ye? Ha Alja pun nak tahu! Jadi jom datang 25 dan 26 Jun 2016 ni di The mines tingkat 3 tau
Jadi, kalau nak tahu lebih lagi kena lah pergi The Mines Celebrity Fest di The mines Tingkat 3 pada 25 dan 26 Jun 2016 ni tau! Mana tau dapat diskaun istimewa dari Artis-2? Atau dapat bergambar bersama dan dengar artis-2 menyanyi live? Atau korang boleh tau apa yang artis-2 ni jual yeeee?
Ehsan dari Facebook The Mines Shopping Mall
Nak bagitahu, Air green tea kat atas ni sedap betul! macam dekat starbucks. Teringat starbucks pula :p hihi

Ehemmm, apa lagi! Save date dekat calendar rumah, calendar Hp, segala calendar yang ada tau. Boleh lah kita beli barang-2 Raya di sana.

The Mines Celebrity Fest
The Mines, Tingkat 3
25 dan 26 June 2016


Xoxo, Alja