Warehouse Sale Benang Hijau | Wow Bestnya Shopping Murah murah serendah RM5 , PERCUMA Shawl untuk semua MARCH Babies !!
Assalamualaikum hai koranggg. Nak bagitahu ni, ya ampunnnn!! Wanita mana yang tak suka shopping? Tak suka? Tipulah, mesti ada perasaan sikit nak beli juga kan? even bukan untuk kecantikkan. Betul tak?Macam Alja, Alja suka shopping, Emak sampai marah T_T Ya tohannnn, tapi shopping kalau benda tu takde je lah, kalau ada and rasa membazir, tak akan beli. Eh yeke? Jangan percaya. Hahahahaha
Ha, Tak kisah lah suka shopping ke tak suka shopping ke, nak share dengan korang ni. Korang mesti pernah dengar tentang BENANG HIJAU. Tak tahu? Benang Hijau ni merupakan Satu brand untuk baju-2, tudung, Jubah, Baju kurung khas untuk muslimah yang sangat cantik dan ikut zaman punya.
Ahad lepas, 05 March. Alja pergi ke Warehouse Sale Benang Hijau di Bangi. Sebenarnya saje je mention tarikh tu, sebab tarikh tu birthday sendiri, lepastu beli hadiah sendiri. Weh kesiannya. hahaha oklah oklah sambung balik...
So masa tarikh tu, Alja pergi ke Bangi. Tengok dari luar, Fuh ramainya orang!! Semua shopping ke tuu? haha dan Alja pun tak terlepas detik detik sebegini. Tak shopping, at least cuci mata pun sedap juga kan? Asyik benang hijau, menarik sangat ke?
Haruslah menarik, tak menarik, sisthor tak share kat hangpaaa nohhh. kikiki
YANG MENARIK DI SINI
- 50 pelanggan terawal dapat promosi BUY 1 FREE 1 ! SILA DATANG AWAL DAN AMIK NOMBOR
- LUCKY DRAW untuk pembelian RM150 ke atas
- Mini kalendar Benang Hijau PERCUMA untuk pembelian RM150 ke atas
- Bouncy Castle serta tempat duduk untuk anak-anak dan bapa bapa yang penat menunggu isteri shopping
Tengok tu, ingat orang perempuan je ke? Orang lelaki pun siap join dua kaki tolong pegangkan beg, Jaga anak lari sana sini, Tolong pilihkan sekali. Sweet tak? hahaha Ingat ni ke yang menarik? ada lagi ok.
Kalau korang nak tahu, Semua baju-2 tudung-2 mendapat potongan sehingga 80% ok. Weii Turun banyak sangat tu. Tak ke berbaloi?
Boleh jadi tak tentu arah duduk sini, cuci mata je? Eh jangan harap. 3 kali Alja lalu dekat Jubah Mikayla ni, tak lepas pandang, takut menyesal terus Grab. Yela dari Harga RM179 terus jatuh sampai RM50!! Ya Tuhann, Tobat Alja tobat. hahaha
Dolly Blouse pun Alja tak lepaskan peluang, sebab dari harga RM109 terus jatuh terduduk tergolek harga dia jadi RM20. Eh gila ke pandang gitu je? sebab kain pun sedap. Candy Pants pun Alja beli dua, kaler coklat dan purple, Harga dari RM79 jadi RM40. Mana nak dapat murah macam ni? Kain pun sedap, tak panas.
Tudung takde? Tudung tak banyak? Tudung dah banyak sampai Roboh lemari? Kemon, Jangan lepaskan peluang sebegini. Hahaha
Tengoklah semua tengah rambang mata agaknya ni, asyiklah belek tudung belek kaler yang sesuai untuk baju-2.
Tak tahu nak pakai tudung instant? Mintalah Staff Benang Hijau untuk ajarkan! Sangat baik dorang ni, Ada yang siap pegangkan beg shopping kita. Thankyou Staff Benang Hijau! ^^
Gambar bawah ini Shawl dua muka instant Lily Glitter. Alja ada pakai untuk contoh dan juga Alja beli. hahahaha tak pernah ada glitter-2 tudung, apa salah tukar selera, murah pun murah. hahaha
So, mana-mana ibu bapa yang shopping, bawak anak, Boleh lah Tinggalkan dorang di Bouncy Castle sambil diawasi oleh si Ayah sementara si Ibu busy memilih baju yang berkenan dihati
Ala, bawa duit sikit je, cash tak banyak. Cash langsung takde. Eh bukan itu caranya nak bantutkan shopping time korang, Nahhh Benang Hijau terima DEBIT KAD DAN KREDIT KAD. Haha so apa lagi? Shopping lah!
Alaaa Alja terlepas tarikh lah dekat bangi, sedihnyaaaaa tak dapat shopping pepuas macam seorang Alja. hahaha Haip. Takkan lah Alja biarkan korang terkapai-kapai kelemasan, Mai sini nak kata. Benang Hijau akan buat Warehouse Sale di Negeri-2 seperti yang tertera dibawah ini. Jadi Jangan lupa save date, lock date, apa pun date lah kan. kalau boleh buat set reminder tu. hahaha
Tapi Alja jauh lah, macam mana nak pergi, KL ke Johor, KL Ke Kelantan, Kelantan ke Sungai Petani. Emmm..
sebegitu mudah korang patah semangat? Relaks lah! Benang Hijau sediakan Personal Shopper untuk korang yang jauh, yang takdapat datang, yang kerja, yang berbagai lagi masalah. Guna pengeposan lah apa lagi! :D
Untuk tahu Personal Shopper Benang Hijau, Boleh lihat di Official Instagram @BenangHijau ok. Pastikan Trusted Personal Shopper Benang Hijau sahaja. Takut korang kena tipu, tak ke sayang duit. Sebab Benang Hijau akan Pamirkan Nombor Personal Shopper dorang di Instagram.
Tudung Merron and Mustard ni RM5 je wey, So Alja beli 2 saiz L (Meroon) dan M (Mustard), Yang atas tu Jubah Mikayla. Fefeling princess sebab kain dia berat and bila kembangkan, ala ala princess gitchuuu. hahaha. Baju Hitam dress yang Alja pakai dekat atas ni pun murah, Alja beli di BH Harga RM50. Sedap pakai, kain tak panas.
Tudung Instant 2 muka Glitters pun Alja beli jugaaaa. dan yeay 2 plastik beg selepas pusing-2 1-2 Jam dalam tu. Kalau tunggu sampai 7 malam? Haish takut semua Alja borong. hahaha, Jadi, balek lah awal naik Uber, Dah lah kesian beli hadiah sendiri, balek pun takde orang ambik. Nasib baik abg uber baik :p hahaha
Jadi Jangan Lupa tengok updates terbaru di Instagram @BenangHijau ok! :D
Thank you Benang Hijau!! Selalu lah buat Sale lagi. Hahaha
2 Comments
Write Commentsbestnya! mesti rambang mata hehe
boleh terus beli persiapan untuk raya kan
~ Kisahsidairy~
Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤