Antara Produk Hilangkan Parut Dalam Dunia | Malunya ada PARUT, rasa tak bersemangat kan?

March 11, 2017 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum hai korang, Susahnya nak rasa berkeyakinan di hadapan orang lain bila muka kita sentiasa dipandang pelik. Kenapa? sebab PARUT!! Siapa ada masalah parut? Parut jerawat? Parut luka tertusuk di hati? Tak, yang di hati susah untuk dirawat, tapi untuk parut diwajah sentiasa ada penyelesaiannya. Siapa tak nak muka bebas parut apatah lagi jerawat kan? Baik lelaki mahupun wanita, mesti nak muka pelowless bagaikan kain sutera, hamboiii kemahennnn. hahaha

Alja kalau time berjerawat, lelagi time stress, PMS ke memang banyak lah naik. Tangan gatal, gatal ya robbi sungguh asyiklah kupil-kupil jerawat tu. Ha, time tengah berjerawat jangan diumpil ye adik abg kakak semua, haha umpil dah macam paku kayu. Jangan di kopek/kupil atau dipicit lah senang ceritanya.

Kalau dulu zaman remaja, time sekolah menengah, muka alja memang agak teruk, masalah jerawat, Parut jerawat, pori-pori, berminyak, blackhead whitehead satu muka sampai menggerutu jangan katalah, menapak dengan megah berdiri teguh dia dekat muka. Then, time sekolah dulu apa boleh buat?

Time sekolah, duit pun mengharap parents, jangan mimpi lah nak beli. Tapi sebenarnya beli juga, cuma tak berkesan atas ihsan emak sebab kesian muka anak bongsu dia macam dayang senandung, weii dayang senandung lagi cantik tau dari anak bongsu dia ni.

Tapi disebabkan samaaaa shj keputusannya, maka, emak hanya cadangkan pakailah traditional. Kalau nak tahu traditional punya, nanti Alja up entri. Sebab kali ini, Alja nak bagitahu dan berkongsi cerita dengan korang Produk-produk yang boleh hilangkan Parut diwajah. Ini zaman moden, haruslah cara moden, tak gitu? tapi kan Mana yang paling ok? Haruslah ikut nombor turutan paling terbaik. hihi ini hanyalah Quick view from me, yeah jom kita tengok Carta Pertama........

6 Produk Hilangkan Parut Dalam Dunia

PERTAMA - Azanis Scar Serum

"Hilangkan parut dengan cepat dan berkesan.." tidak asing lagi kita dengar di halwa telinga , apatah lagi di bebola mata kerana hampir setiap hari ada sahaja testimoni terbaik dari Azanis Scar Serum ni. Apatah lagi Azanis Scar Serum ni telah diperbaharui dan ditingkatkan kini dengan adanya Vita-Coco Booster Formula! Wow!!

AZANIS SCAR SERUM kini dirumuskan dengan Vita-Cocoa Formula Booster yang merupakan gabungan khas 100% Natural tertumpu vitamin E (d-alfa tokoferol) dan Organik Cocoa Butter (minyak Theobroma). D-alpha tocopherol mempunyai 50% lebih kuasa anti-oksida dan adalah lebih baik diserap daripada vitamin sintetik E. Walaupun lemak koko, lemak berwarna krim yang diekstrak daripada biji koko, telah lama terkenal untuk nilai dalam mencegah dan merawat parut. Emm Sedapnya air koko. eh? hahaha

Bagaimana Azanis Scar Serum berfungsi?
Menggalakkan pembaikan parut lebih cepat dan kulit licin dengan kepekatan yang tinggi anti-oksida dan tindakan anti-radang dalam Natural Vitamin E (12,000 IU dalam pek 15ml) dan Cocoa Butter. Apabila ia diserap ke dalam epidermis dan dermis lapisan, bentuk mentega koko lapisan kelembapan dan minyak yang melindungi kulit daripada semua unsur-unsur cuaca luaran yang menghalang pertumbuhan semula tisu yang rosak dan melembutkan tisu parut di samping menggalakkan sintesis kolagen.

Serum Azanis akan nampak Kesan Lebih Pantas dan Cepat. Untuk dapatkan hasil yang pantas, Pastikan beli yang Original ye dan hati-hati dengan Produk tiruan Azanis Scar Serum

Bagaimana nak guna?
Urut perlahan-lahan sedikit Azanis parut Scar Serum ke kawasan selepas pembersihan. Sapukan pada waktu pagi dan malam atau seberapa kerap yang diperlukan.

Yang bagusnya kan, Azanis Scar Serum ni sesuai untuk hampir semua masalah yang korang hadapi. Contohnya seperti, Parut, Stretch Marks, Aging Skin dan juga Kulit kering. Tetapi, Untuk tanda cacar atau Chicken Pox dan terbakar, tunggu sehingga luka korang kering sebelum menggunakan Azanis Scar Serum dan Untuk parut pembedahan, tunggu sehingga luka telah ditutup dan Stiches dikeluarkan sebelum menggunakan Azanis Scar Serum. Korang boleh beli Azanis Scar Serum ni di DrugStore, Farmasi atau Online


KEDUA - Bio Oil 
Bio-Oil juga tidak asing kita nampak di kaca tv kita, Bio-Oil ini adalah minyak penjagaan kulit pakar yang membantu memperbaiki penampilan parut, kesan regangan dan tona kulit tidak sekata. Ia juga berkesan untuk penuaan dan kulit kering.

Fungsi Bio Oil dapat Melicinkan & nada parut, kesan regangan, Sesuai untuk kulit sensitif, Minyak pakar pelembap yang melicinkan dan nada parut, kesan regangan dan tona kulit tidak sekata. Ia juga berkesan untuk penuaan dan kulit kering. Ianya mengambil masa sekurang-kurangnya selama 3 bulan untuk pulih dari parut.

Untuk kegunaan luar sahaja. Jangan gunakan pada kulit pecah. Sekiranya ada kemungkinan kerengsaan kulit, hentikan penggunaan. Keputusan individu mungkin berbeza. Boleh beli Bio Oil ini di DrugStore.

KETIGA - Mederma
Mederma Gel Scar Treatment membantu mengurangkan kemunculan parut lama dan baru dari luka, jerawat, pembedahan atau luka terbakar. Fungsi Mederma ini adalah untuk melindungi dan membantu melegakan kulit pecah-pecah atau retak.

Cara mengguakan Mederma ini, perlu sama rata digunakan dan perlahan-lahan disapu ke parut sekali sehari selama 8 minggu pada parut baru, dan sekali sehari selama 3-6 bulan pada parut yang sedia ada.

Formula gel proaktif mengandungi kombinasi khas bahan-bahan aktif Cepalin, Allantoin dan Aloe Vera untuk menggalakkan proses penyembuhan kulit dan meningkatkan warna, tekstur dan penampilan keseluruhan parut anda. Formula gel proaktif menggalakkan proses penyembuhan kulit, berkesan mengurangkan kemerahan dan membuat parut lebih lembut, licin dan lebih anjal. Boleh beli Menderma ini di DrugStore

KEEMPAT - Dermatix

Dermatix® Ultra berfungsi pada parut (hypertrophic dan keloid yang tidak lebih dari 2 tahun), selepas luka telah sembuh dan tertutup. Ini mungkin termasuk parut yang disebabkan oleh pembedahan, luka bakar, luka, kemalangan, calar, gigitan serangga, dan lain-lain. Parut boleh menjadi besar, tebal, kering. Mereka juga boleh menjadi gelap atau merah dalam penampilan dan mungkin gatal atau pedih.

Cara menggunakan Dermatix ialah membersihkan kawasan tersebut dengan sabun dan air. Lap sehingga kering selepas pembersihan. Picitkan sedikit dahaja dihujung jari dan biarkan kering beberapa minit. Keberkesanan agak lama untuk dapatkan hasil iaitu selepas 8 minggu penggunaan berterusan. Untuk parut besar atau lebih besar ia mungkin mengambil masa 3 hingga 6 bulan atau lebih untuk mengalami faedah penuh Dermatix®. Korang boleh beli Dermatix ini di DrugStore.

KEELIMA - White Lotus
Organic Acne Scar Serum | White Lotus juga sesuai untuk lain-lain jenis Parut. Menyembuhkan kulit berparut cara semula jadi, dengan White Lotus Acne Scar Serum. Yang terdiri daripada bahan-bahan semulajadi sahaja. Ideal serum untuk ini, kerana serta membantu membaiki kulit secara aktif, kerana ia dirumuskan menggunakan bahan-bahan semulajadi sahaja

Serum ini mudah diserap dan tidak berminyak (itulah sebabnya ia adalah ideal parut jerawat serum bagi mereka terdedah kepada tempat) dan sifat-sifat serum membolehkannya double-up sebagai rawatan anti penuaan yang berkesan.

Keputusan mungkin berbeza-beza dan tidak dijamin. Untuk risiko dan kesan sampingan, sila bertanya kepada ahli farmasi atau doktor. Untuk pembelian White Lotus, Alja belum nampak lagi di Drugstore, korang boleh beli secara talian,ok?

Fuhh Yeay! Harap perkongsian ini bermakna buat korang. Sebab Alja tahu perasaan bila ada parut. Rasa nak toreh kertas pasir kan? Rasa nak tepek bedak, foundation tebal-2 kan? Kemon, kita mesti lah ada perasaan nak rasa Natural dan bebas dari mekap.

Alja dah bagi pilihan dan dah buat Carta Top 4 gittew bagi produk yang dapat hilangkan parut yang terbaik di dunia. Bukan calang-calang produk ok Alja share ni. Kita mestilah nak yang pantas dan cepat kan? Jadi buatlah pilihan terbaik!


Selamat Tinggal Parut yang Degil. Selamat datang Wajah cantik! Lebih Berkeyakinan.

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤