Selfie Stick Monopod & Octopus Tripod selamat di tangan | Jom berbelanja di Lazada Malaysia

March 23, 2017 0 Comments A+ a-

Fuh susahnya pergi memana takde monopod ni, tangan pendek, nak nampak keseluruhan area memang susah. Monopod sebelum ni, anak buah patahkan. dah lama tak bermonopod. semua ehsan tangan. hahaha

Hingga lah Alja terniat nak jalan-jalan di laman Web Lazada untuk beli monopod dan jugaaaa sebab ternampak kak Aiin pos di fb mengenai Octopus Tripod ni. Selalu je nampak dekat Lazada, tapi tak pernah terniat nak beli. Rasa tak penting mana. Even sebenarnya semua yang Alja beli langsung tak penting! Ni Nafsu, Kehendak semua ni. hahaha

Hinggalah Kak Aiin post mengenai octopus ni, terus nak beli, Gigih, GIGIH mencari warna pink. Pink yang ada pun pink tak lawaaaaa. Usaha tangga kejayaan wei, Akhirnya Jumpa Black Pink, terusssss Add to cart tanpa fikir panjang dan waras. Gila pink tapi memilih nak sedap di mata. hahaha

Dah Jumpa, tak terus checkout. Gigih pulak cari Monopod pink paling comel, lawa, trend dan paling penting MURAH. Gigih mencari, akhirnya Jumpalah yang ni. Dah berkenan tak boleh berdalih lagi. Ada berkenan yang lain tapi Harganya, Ya Ampun taubat. Hahaha

Untuk Harga Monopod Stick macam Alja di atas, Alja beli time tuh Rm27.99 tapi sekrang dah kurang lagi jadi RM25.75. Harga sebenar-benarnya ialah RM82.00 dan untuk Octopus tu Alja beli RM16 dan sekarang jadi RM15. Harga sebenarnya ialah RM27. Murah kan? Lagi sekarang ada Birthday Sale lazada, lagi murah lah semua.

Jadi Kalau nak, Boleh lah cuci mata di Lazada Malaysia. Sejam scroll pun tak puas! Hahahaha

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤