Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia bersama Wanita-wanita yang penuh dengan Inspirasi | Anjuran Stellavingze International

March 11, 2017 1 Comments A+ a-

 
Assalamualaikum hai semuaaaa. Selamat Hari Wanita Sedunia buat semua wanita-wanita di dunia ini. Seronok kan jadi wanita? Bertuahnya rasa, Ada Hari ibu, ada hari wanita, ada hari Kawan sedunia. Apatah lagi dalam islam, wanita ini sangat dihormati. Beruntungnya kita jadi seorang Perempuan. Alhamdulillah. Tangan ini lah yang bisa mengoncangkan dunia. cewah gituuu hihi

Pada tanggal 08 March 2017, bertempat di Melilea Tower, Bangsar South telah diadakan satu Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia anjuran Stellavingze International. Bersama-sama kita pada hari itu adalah Wanita-wanita yang sangat berkaliber, berkeyakinan dan penuh inspirasi!

Balik kerja gigih ok terus ke sini, sebab tak nak lepas peluang untuk dengar perkongsian daripada mereka. Kita wanita, haruslah kuat dan berani untuk melawan cabaran. Di era moden ini, wanita semuanya haruslah berdiri pada kaki sendiri, kita kena belajar untuk fikir akan apa yang bakal jadi pada masa mendatang sebab kita tak tahu masa mendatang kita jadi apa.
Pada majlis sambutan hari wanita sedunia ini bertempat di Melilea Tower, kita telah mendengar perkongsian daripada wanita-wanita yang telah banyak menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi dan kemakmuran negara. Gambar di atas ini, mereka adalah,
  • Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA)
  • Datin Azizan binti Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai
  • Datin Noor Faezah binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang
  • Ms Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Stellavingze International
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menggalakkan wanita di Malaysia untuk keluar daripada zon selesa mereka dan temui potensi diri untuk berusaha memajukan negara sama ada dalam bidang ekonomi ataupun menyumbangkan ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih makmur.

Stellavingze International telah menjemput mereka kerana jasa mereka dalam membantu membangunkan negara dan juga memartabatkan kedudukan wanita. Oleh itu, kehadiran mereka di majlis ini diharap dapat memberi inspirasi kepada wanita-wanita di Malaysia untuk terus maju dan lebih bahagia dalam kehidupan.
Apa yang mereka kongsikan pada malam majlis?

Melalui ucapan dari Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA). Wanita adalah unik kerana mampu mencorak modal insan yang cemerlang. Beliau mengulas tentang bagaimana beliau mampu membentuk seorang anak yang kecil untuk bercita-cita tinggi dan menyokong sehingga cita-citanya tercapai.

Beliau berkata, hanya wanita sahaja yang mampu memikul tanggungjawab sedemikian; melahir, membesarkan, mendidik dan juga memberi sokongan. Tambahan beliau lagi wanita dilahirkan dengan minda yang unik dan mampu melakukan beberapa tugasan pada satu masa.

Tidak seperti zaman yang lalu, wanita kini mempunyai pendidikan dan kuasa untuk mengubah dunia. Seorang wanita yang berpendidikan mampu menjadi 'influencer' dan contoh akhlak serta budi yang baik. Pentingnya bagi seorang wanita untuk mempunya prinsip dan intergriti serta bijak membahagikan waktu dalam kempimpinan keluarga mahupun organisasi

Beliau mengakhiri ucapan dengan pesanan bagi kaum wanita untuk sentiasa menjaga kesihatan  dan menimba ilmu, imbangi kesihatan fizikal, mental dan emosi kerana itulah aset wanita yang paling berharga
Melalui ucapan dari Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai Sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai, Datin Azizan menekankan kepentingan memiliki prinsip, ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab dan utamakan keluarga.

Wanita yang meninggalkan kerjaya dan menjadi suri rumah harus mempunyai kemahiran dan bijak berniaga untuk menambah pendapatan keluarga. Bagi wanita yang berkerjaya pula beliau menasihatkan untuk sekali-sekala adakan sebuah majlis atau jamuan untuk mengeratkan silaturrahim bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Beliau juga berpesan bagi wanita untuk sentiasa bersabar, mempunyai iman yang teguh dan menjaga kesihatan.
Melalui ucapan dari Datin Noor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang. Datin Noor Faezah memulakan forum dengan berpendapat bahawa wanita hebat kerana tugas dan tanggungjawab beliau begitu banyak kepada keluarga, kerjaya dan masyarakat. Beliau menambah wanita yang hebat mampu berdiri teguh, menyokong insan lain, memberi didikan dan memberi motivasi khususnya bagi insan-insan yang tidak bernasib baik.

Beliau juga berpendapat wanita mampu menjadi pemimpin yang cemerlang hanya dengan memimpin dengan kasih sayang yang akan meningkatkan motivasi pekerja dan pengikut mereka. Mengulas tentang aktiviti Yayasan Wanita Cemerlang, beliau berkata bahawa insan yang memerlukan amat sukar untuk dicari dan justeru tugas kita sebagai wanita dan rakyat yang bertanggungjawab perlu menemui mereka dalam kumpulan seperti persatuan dan sukarelawan untuk memastikan kadar kemiskinan negara kekal rendah.

Akhir kata beliau berkata bahawa wanita mempunyai lumrah dan sifat yang lembut dan berkasih sayang, berusaha bersungguh-sungguh dan kuat menghadapi cabaran.
Melalui ucapan dari Ms Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Stellavingze International. Ms Wee Siew Ling yang bertindak sebagai Pengarah Urusan Stellavingze International berkata bagi seorang ibu yang bekerja seperti beliau, selalu menghadapi kekangan masa. Beliau perlu bijak mengendalikan keluarga, kerjaya dan masa untuk diri sendiri dan selalunya beliau sering mengorbankan diri sendiri.

Namun begitu, beliau berkata tidak mustahil segala tanggungjawab dapat dilaksanakan jika wanita pandai membahagikan masa. Beliau memetik formula Datuk Stella Chin Pengasas Stellavingze International; Kebahagiaan wanita = (+) Kasih sayang/cinta , (-) Kebencian/ kemarahan , (x) Kesyukuran , (÷) Umpatan/ gosip.

Beliau berpandukan formula itu selama 13 tahun karier beliau berlangsung dan mendapati diri beliau adalah lebih bahagia. Beliau juga menggunakan kesempatan ini untuk mengajak wanita menyertai Stellavingze International, dan menemui kebahagiaan dalam kehidupan yang seimbang.

Mengakhiri ucapan beliau, beliau berkata wanita umpama air yang mudah membiasakan diri dalam apa-apa keadaan, namun begitu jangan sekali-kali mencabar mereka kerana lautan yang tenang juga bakal membawa tsunami. 



Wah, sangat khusyuk mereka dengar hujah yang dikongsikan oleh wanita-wanita yang penuh inspirasi ni. Alja memang terkesan juga even belum jadi wanita. Yela, Kita tak boleh berada dalam keadaan terlalu selesa. Kita kena buang sikit-2 perasaan negatif dalam diri. Kita kena berbaik pada semua orang dan menganggap mereka juga sebahagian daripada kita. Sebahagian tu maksudnya seperti Keluarga, Sebuah keluarga.

Peranan wanita ini banyak, Kitalah Ibu, kita isteri, kita jualah anak, kakak, adik, sahabat, ketua dan pemimpin. Wow, tanpa kita sedar, peranan seorang wanita terlalu besar. Tahniah Wanita! Ini menunjukkan kebolehan wanita dalam mengendalikan krisis dan membuat keputusan setanding dengan lelaki dan secara tidak langsung memartabatkan kedudukan wanita di mata dunia. *Big CLap*

Pentingnya wanita sehingga 3 budaya yang berbeza mengatakan tentang kehebatan wanita, seperti ;
  • Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia (Melayu)
  • Behind every successful man is a woman (English)
  • Wanita menjung separuh langit (Chinese)
Stellavingze International ini tentang apa?

Stellavingze International diasaskan oleh Datuk Stella Chin yang juga seorang usahawan wanita tempatan yang telah membawa syarikat miliknya dan suami menerajui pasaran global. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah berprestij seperti Anugerah Keusahawanan Stevie Award Women in Business dan juga The International Diamond Prize for Excellence Quality (ESQR). Beliau juga merupakan seorang ibu, isteri dan anak yang amat penyayang.
Oleh kerana beliau melihat kecenderungan wanita untuk melupakan cita-cita dan menjadi suri rumah atau mengajar cita-cita dan mengabaikan keluarga di rumah, beliau telah mencipta sebuah formula kebahagiaan wanita dan mengasaskan Stellavingze International.

Fungsi Stellavingze International adalah untuk mendidik wanita untuk menemukan titik keseimbangan dalam kehidupan dan memulakan sebuah kehidupan yang lebih bahagia.

Stellavingze Guiding Star
Melahirkan Usahawan Wanita Berkredibiliti
Objektif:
  1. Peluang untuk wanita mencipta keupayaan menjana pendapatan, mengecapi transformasi dalam kejayaan
  2. Membina asas yang kukuh dan menuju kearah kehidupan yang lebih berjaya
  3. Mentransformasikan bakat kepimpinan anda, membantu orang lain untuk berjaya
Stellavingze Guiding Star:

  1. Kami menyediakan kursus pengurusan, pembentangan dan kelas untuk memperbaharui imej dalam membantu wanita untuk membina asas perniagaan yang kukuh
  2. Kami menyediakan penyelesaian perniagaan yang sesuai dengan permintaan pasaran.
  3. Kami menyediakan rakan niaga dengan operasi yang mudah dan tenaga kerja.
Stellavingze Smart Star
Peningkatan Nilai Kewanitaan
Objektif:
Membantu wanita dalam mengurus:-
·    Diri, Kerjaya, Perkahwinan, Keluarga, Anak-anak dan Mempunyai Kehidupan Yang Seimbang Dan Indah 
Dalam dunia moden, wanita seringkali dilihat mendahului lelaki dalam kepimpinan sehingga wanita diberi kepercayaan untuk memimpin negara seperti beberapa negara maju seperti di Taiwan, Croatia, Switzerland dan Ausria.

Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia  telah membuka mata  ramai wanita khususnya  yang hadir  untuk menjadi lebih maju.
Wanita seorang yang Hebat, Bertuahnya jadi Wanita !

1 Comments:

Write Comments
NEEZA
AUTHOR
March 13, 2017 at 11:30 PM delete

awek wanita umno lah, hehehe

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤