Bercuti Di Grand Hyatt Kuala Lumpur | Cadangan Tempat bercuti yang best untuk anda sekeluarga di KUALA LUMPUR

March 09, 2017 2 Comments A+ a-


Assalamualaikum Hai semua. Cuti sekolah dah nak dekat, mesti ibu bapa sedang mencari tempat best untuk short vacation buat anak-anak kan? sedang mencari tempat yang menarik untuk bercuti dan rehat di sekitar Kuala Lumpur? Ha mai sini, Alja nak kongsi dan cadangkan dekat korang untuk menginap di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur. Grand Hyat Kuala Lumpur merupakan sebuah hotel bertaraf lima bintang. 5✰ ok, bukan calang-calang. Hotel ini terletak di Jalan Pinang dan bersebelahan dengan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Hotel ini juga menghadap Menara Berkembar Petronas. Jarak hotel daripada Lapangan Terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA dan KLIA2) adalah 60.5km, 60 minit dengan menaiki kereta manakala stesen KL Sentral , 5.1km, 20 minit perjalanan dengan kereta.
LRT KLCC Stesen pula adalah LRT terdekat dengan hotel dengan jarak 0.6km, 10 minit berjalan kaki. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan korang sekeluarga di sekitar hotel ini. Antaranya pergi ke Aquaria KLCC, Taman Burung, Taman Rama-Rama, Taman Tema Cosmo. Bagi yang ingin mencari cenderahati dan kraf tangan yang menarik, bolehlah ke Pasar seni. Shopaholic? Suria KLCC dan Pavillion untuk high-end shopping.  Masjid Jamek dan Jalan TAR pula adalah pilihan yang tepat untuk awak-awak yang sukakan suasana happening semasa menjamu mata. Wah memang tempat yang menarikkan? Transport pun senang. Ada banyak tempat berjalan lagi. Cukup untuk satu minggu cuti sekolah! haha ok, Sambung baca lagi, Ada banyak benda nak cerita ni.
Grand Hyatt Kuala Lumpur, mempunyai 412 buah bilik di hotel ini yang terdiri daripada 5 jenis bilik iaitu Standard (grand king dan grand twin), view (twin towers view king, twin towers view twin dan garden view king), deluxe (grand deluxe king dan twin towers view deluxe king), grand- club (club king, club twin, club twin towers view king, club twin towers view twin dan club garden view king) dan suit (grand suite, grand executive suite, diplomat suite, presidential suite dan grand twin towers view suite). Kesemua bilik mempunyai tingkap-tingkap besar untuk memaksimumkan cahaya semula jadi ke dalam bilik-bilik. Berehat sambil menikmati keindahan kota Kuala Lumpur pasti memberikan pengalaman yang yang tidak dapat dilupakan buat diri pengunjung. Wow! Menarik bukan?
Tidak lengkap percutian tanpa makanankan. Korang bolehlah cuba di Restoren Thirty8, Grand Hyatt Kuala Lumpur. Apabila korang jejak je kaki ke tingkat 38 hotel Grand Hyatt yang eksklusif ni, korang akan berjumpa dengan restoran Thirty8 yang teramat cantik!! Sebab itula nama restoran ni Thirty8.
Dari segi persekitaran restoran ni sememangnya classy dan cozy. Dari bawah hingga atas dinding hotel yang diperbuat daripada kaca membolehkan korang menikmati pemandangan 360 darjah kota Kuala Lumpur yang teramat indah. Keindahan restoran ini membuatkan korang terpana dan tiada kata-kata yang dapat korang gambarkan tentang suasana di restoran ini. Yang menariknya restoran ini, terdapat dapur terbuka di tengah-tengah restoran.
Maknanya sambil makan dan menikmati pemandangan yang indah, korang juga dapat melihat skill masakan daripada chef terkemuka di restoran ini. Thirty8 menawarkan pelbagai jenis makanan Barat, Jepun dan Cina yang sedap. Antara menunya ialah steak, makanan laut segar dan sushi. Untuk pencuci mulut pula, Alja cadangkan korang cuba makan Thirty8 signature cake. Alja yakin kek ini mampu membuatkan korang termimpi-mimpi dan datang semula ke Grand Hyatt Kuala Lumpur semata-mata untuk makan lagi kek ini. Jangan tak cuba ye. Tengoklah gambar atas tu, tergugat? Alja pun sama! hahaha

Bagi yang nak sambut hari jadi atau ulang tahun perkahwinan di restoran ini, korang boleh membuat tempahan awal dan boleh membuat pemilihan meja yang betul-betul menghadap bangunan KLCC. Barulah ROMANTIK! hihi Selain itu, terdapat juga Restoran Teres JP untuk sesiapa yang inginkan menu masakan Melayu, Cina dan India . Restoran Teres JP ini terletak di tingkat bawah hotel.
Antara menunya ialah nasi lemak, roti canai , laksa kari, satay, teh tarik,kopi dan pelbagai jenis pencuci mulut. Penginap yang sukakan suasana santai boleh ke Poolside Restaurant yang terletak di tepi kolam dan dikelilingi kehijauan tropika. Restoran Poolside ini terletak di tingkat dua hotel. Terdapat pelbagai jenis makanan seperti Penang char kue tiaw , nasi goreng dan paling yang menarik kita boleh membuat burger  sendiri dengan pelbagai patties lazat, topping dan sos yang disediakan mengikut cita rasa dan pilihan masing-masing. Wah! Bestnyaaa, rasa tak rugi untuk datang makan apatah lagi menginap di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur ini. Untuk Food Lover pun sesuai, Shopaholic pun sesuai, suka Jalan-jalan sambil relax kan diri? Lagi sesuai! :D
Kesimpulannya, Grand Hyatt Kuala Lumpur memang awesome. Korang bolehlah book Grand Hyatt on Traveloka apps yang tengah in sekarang. Cekidaut!!!


2 Comments

Write Comments

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤