HAPPY BIRTHDAY LAZADA YANG KE-5 TAHUN | Yeay! Apa Kejutan dari Lazada kali ini?

March 16, 2017 0 Comments A+ a-


Assalamualaikum hai korang semuaaa! wah wah Lazada pun lahir bulan march ke? Mesti peragai sama dengan Alja ni. hahaha alaaa lawak pun tak boleh dah sekarang. haha Alja rasa nak join Lazada Birthday Blogger Contest. Jom siapa ada Blog? Jom join juga! :D

Happy Birthday Lazada yang Ke-5 tahun. pejam celik pejam celik dah lama dan makin mendapat nama Laman web yang diberi nama LAZADA ni. Tak sangka kan? Sebut lah nama LAZADA, siapa yang tak kenal? Makin mendapat nama di mata manusia, baik muda mahupun lanjut usia. Dengan adanya Lazada semua menjadi mudah. Tak gitu teman-teman?

APA YANG ALJA SUKA TENTANG LAZADA?
1. Mudah, Semua dihujung jari
  • Ye betul tu anak anak, dengan adanya Lazada, tak payah pening-pening macam dulu nak cari barang A until Z, Jenama A until Z dekat mana. Sampai ke guna khidmat Google. Hamboii. hahaha Mudahkan? Sebab apa? Sebab senang membeli dengan adanya Lazada. Semua dihujung jari. Tak payah pergi Kedai. Klik klik Klik, Pilih pilih pilih, masuk "My Shopping Cart" "Proceed to Checkout" "Pilih Cara Bayar" "Done" yeay! Senang kan?
2. Semua barang ada, Bestnya!
  • Semua barang ada, Baju, Kasut, alatan memasak, alatan bersukan, kaki travel, kaki motor, aksesori, alatan solek, permainan, makanan, minuman. Eh BANYAK! Tak tersenarai Alja dibuatnya. Hahaha
3. Ada Promosi Diskaun kaw kaw
  • Haish, Harga promosi tu boleh pengsan. Dari RM199 jadi RM50. Diskaun 50%, 90%, Diskaun tambahan kalau guna bank-bank yang tertera. Ni rambang mata sangat. Shopaholic lah katakan. hihi
4. Suka sangat bagi Kejutan
  • Birthday kita, dia bagi diskaun. Perayaan Kaum cina, indian and Melayu pun dia bagi kejutan, Birthday Lazada pun Lazada bagi kejutan. Tak ke seronok? Baik sangat Lazada ni
5. Boleh Track My Order
  • Takutnya barang dah sampai ke belum? Barang dah kat mana? Barang dah bergerak ke? barang masih process ke apa ke, korang boleh tengok barang yang korang order tu dekat bahagian "Track My Order" Senang kan? Cuma kalau barang tu dari luar Negara, mengambil masa yang lama lah.
6. Ada masalah? Customer care kan ada!
  • Korang ada masalah pergi je Help Center. Masalah Orders & Payment, Shipping & Delivery atau Returns & Refunds semua InsyaAllah dapat diselesaikan. Boleh juga Live Chat dengan mereka. Dengan Pantas mereka reply
7. Add to Wishlist atau Add to Cart
  • Rasa nak beli terus, boleh tekan barang terus ke Add to Cart. Agak-agak nak simpan dulu sebab kekuranga duit ke, nak kumpul duit ke, nak tengok-2 dulu ke boleh Add to Wishlist. Rasa-rasa nak beli dekat bahagian wishlist tu, boelh terus "ADD ALL ITEMS TO CART". Mudahkan? Alja selalu buat macam ni. Hihi, Nak tahu apa wishlist Alja?
Antara Tiga Pilihan Produk kegemaran Alja dari Lazada Malaysia
Tadaaa, ni lah Wishlist Alja. Apa ye? Kalau Alja Wish kat sini, boleh belikan tak? Hahaha Untuk Birthday Girl bulan March ni :p kikiki

So, ni adalah antara 3 produk yang Alja gemarkan kalau dok bertengek dekat laman Web LAZADA ni. hahaha

1. Makeup
  • Wanita mana yang tak suka bersolek? Even pakai bedak tabur, loose powder dengan lipstik pun dikira mekap ok. Hahaha. Kalau pergi mana-mana kenduri, event blogger, atau kerja memang Alja akan mencorakkan muka Alja ni dengan mekap biar nampak hidup sikit. Takde lah pucat. lelagi muka kita tak pelowless macam Awak yang babyface, tak mekap pun, pipi dah merah semerbak. hahaha
2. Tripod
  • Weii benda ni penting. Lelaki ke perempuan ke siapa tak suka bergambar? Kalau keluar sendiri, takkan nak minta stranger tangkapkan gambar? Kalau pergi berkumpulan, takkan nak suruh kawan lain ambikkan? mesti tak adil sbb ada je gambar yg takde muka dia. Sedihkan? So nak ni before raya atau nak travel ke sabah nanti. Tak sabar nak penuhi Kehendak seorang Alja ni. hahaha
3. Training Equipment
  • Ini Zaman semua mau kurus lah. Kurus dan sihat ok. Tapi ada juga chubby yang sihat, macam Alja! Hahaha. Disebabkan semua baju dah tak muat, nak beli benda ni untuk dapatkan balik berat dulu-dulu. Boleh ke? ehem. haha So buat masa sekarang, just jogging, buat senaman kat rumah macam Zumba, Kardio atau senaman ringan tanpa alatan je. Terasa nak juga lah fefeling Gym dekat rumah. hahaha
Bagaimana anda berfikir Lazada Malaysia boleh meningkatkan?
Ini hanyalah pendapat dari seorang pengguna setia dari LAZADA. Harap diterima lah. hahaha Actually takde apa sangat semua dah sempurna dari Lazada. Tapi takpe, Meh nak tambah sikit-sikit.

1. Bagilah Coupon Diskaun
  • Demand nyaaa awak ni? hahaha, Untuk seorang penggemar shopping online macam Alja, diperlukan yang teramat kupon diskaun dari Lazada ni. Even RM50 ke RM30 ke still dihargai oleh manusia bernama Alja. Sebab disini boleh jimat dah. Mungkin boleh shopping lagi banyak? ehem Rambangnya mata.
2. Tingkatkan servis dari segala aspek
  • Kalau beli barang Lazada, mesti ada details yang tidak lengkap. Susahnyaaa. Rasa was-was. Kang beli kecik ya ampun, tinggi sangat, ringan sangat.
  • Selalu beli, mesti ada barang yang tak ada kan? Lepastu susah pulak nak kena return bagai. Kalau jenis tak kisah takpelah, jenis kisah macam Alja, dah lah jenis kisah tapi malas nak return, ha ini payah paroh. hahaha
  • Terkadang lambat dari masa yang dijanjikan even barangan tu dari Malaysia sahaja. Kalau dari Luar Negara, kita faham lah kan.
3. Tambahkan Brand-brand atau barang-barang yang tak ada
  • sedihnya bila kita search item-item yang kita nak sangattttt tapi takde kan T_T jadi, Harap pihak Lazada dapat menambah banyak lagi produk yang tengah menjadi trending.
Happy Birthday untuk Lazada Malaysia
Yeay! Happy Birthday untuk Lazada Malaysia. Semoga sentiasa menjadi Laman Web shopping nombor satu (1) di Malaysia.

Nampak tak Logo Lazada berwarna Oren? Kalau nak tahu, oren ni dapat menceriakan serta membangkitkan semangat seeorang bila melihatnya. Malah, ia bermaksud keseronokan dan daya hidup. Penyelidikan menunjukkan warna yang lebih ringan merayu kepada pasaran mewah.

Sesetengah peruncit mewah telah dapat mengatasi masalah ini dengan oren dan mereka telah berjaya mengkoperatkan oren ke dalam jenama mereka. Salah satunya, tentulah LAZADA MALAYSIA.

Wah, Patutlah suka bebeno masuk laman web Lazada, memang ceria. Kalau dah pergi ke laman web lazada untuk 15minit, mimpi takkan nya. Mesti lebih 1jam. Siapa lagi? Alja lah tu. hahaha

Nak shopping juga? Jom ke LAZADA MALAYSIA
Blogger? Nak Join Contest dari Lazada? Jom ke CONTEST LAZADA 
Harap bermurah hati bertambah tambah lagi bila bagi Kami Voucher. Lazada memang best! Keseluruhannya terbaik.

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤